← Back to list
PDRM Teliti Semula Undang-undang Pencegahan Jenayah Yang Lapuk
Jan 28, 2025
PDRM mencadangkan Kementerian Dalam Negeri teliti semula beberapa undang-undang pencegahan dan hukuman jenayah yang sudah lapuk.
Menurut Bukit Aman, antaranya berkaitan hukuman terhadap pesalah perjudian, pelacuran dan curi kenderaan.
Ini kerana hukumannya terlalu ringan dan jenayahnya kini lebih kompleks berikutan kemajuan teknologi maklumat.
PDRM juga akan audit statistik kadar jenayah indeks yang direkodkan sepanjang tahun lalu.
Ia bertujuan memastikan statistik tersebut benar-benar mencerminkan situasi sebenar di lapangan.
---
Lebih 3,600 anggota dan pegawai polis ditugaskan dalam Op Selamat sempena Tahun Baru Cina bermula hari ini hingga 2 Februari.
Had laju di semua Jalan Persekutuan turut diturunkan daripada 90 kepada 80 kilometer sejam sepanjang Op Bersepadu selama 6 hari yang bermula hari ini .
Menurut Kementerian Kerja Raya, ia bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya lancar sempena musim perayaan ini.
---
JPJ bercadang mewujudkan pasukan tindakan khas dalam memperkasakan jabatan itu.
Menurutnya pasukan itu akan bantu isu kritikal yang lebih sukar untuk dikendalikan JPJ negeri terutama membabitkan operasi khas dan risikan.
Ia mengambil inspirasi daripada JPJ Pahang yang membuat demonstrasi berkaitan pasukan khas tersebut baru-baru.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca