Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Bilik Khas di PPS Untuk Calon SPM Terjejas Banjir

Jan 14, 2025


Calon SPM yang terjejas banjir diberi bilik khas atau ruang tidur berasingan daripada mangsa-mangsa lain di PPS.  

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan ia bagi memastikan mereka dapat mengulangkaji pelajaran dalam keadaan yang lebih selesa dan tenang. 

KPM juga memaklumkan setakat ini peperiksaan SPM berjalan lancar dan tiada calon yang terkesan banjir tidak hadir peperiksaan tersebut.  

Sementara itu hampir 3,000 mangsa kini berlindung di PPS di 5 negeri dengan Johor catat angka tertinggi iaitu lebih 2,600. 

Pahang pula sekitar 180 mangsa, Terengganu lebih 80, Sarawak 40 dan Perak lebih 30.  

---

Polis berhak periksa telefon bimbit orang awam jika mengesyaki atau ada maklumat berhubung seseorang disyaki melakukan kesalahan. 

Ia antaranya dibenarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia untuk pastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam seseorang. 

Namun jelas Ketua Polis Negara, kuasa memeriksa tersebut diberikan kepada pegawai polis sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas video tular mengenai individu pertikai tindakan polis tahan seseorang dan periksa telefon bimbit. 

---

JAKIM diarah bekerjasama dengan KPDN untuk ambil tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap pihak yang salah guna logo halal. 

Tegas Menteri Hal Ehwal Agama, pihaknya tidak akan berkompromi dengan apa-apa isu yang melibatkan integriti dan kepentingan awam.  

Semua pihak juga dimohon sentiasa merujuk kepada Jakim dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri dalam isu-isu berkaitan halal.  

Terdahulu JAKIM sahkan produk sandwich yang dijual di sebuah kedai serbaneka di UM yang tular baru-baru ini guna logo halal yang tamat tempoh.  

--- 

Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan kepada individu yang suka buang sampah merata-rata!  

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia sebagai langkah berkesan bagi tangani isu kritikal yang tidak selesai sejak sekian lama itu. 

Rang undang-undang mengenai hukuman berkenaan akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac ini.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us