← Back to list
BAP Mula Diagihkan Isnin Depan
Jan 10, 2025
BAP Mula Diagihkan Isnin Depan
Bantuan Awal Persekolahan, BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 akan mula diagihkan Isnin depan.
Menurut KPM, agihan bantuan bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari nanti.
Manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baru akan dilaksanakan mulai 1 Julai.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama inisiatif BAP diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.
MOT tidak kawal selia perubahan kadar tambang bas sekolah
Perubahan kadar tambang bas sekolah bukan dikawal selia oleh Kementerian Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sebaliknya ia adalah melalui persetujuan antara ibu bapa dan pengusaha bas berkenaan.
Terdahulu, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia dijangka akan naikkan tambang bas sekolah antara RM5 ke RM10 bermula bulan depan.
Namun, jelasnya keputusan akan dibuat berdasarkan persetujuan antara pengusaha bas dan ibu bapa.
Hujan berterusan di beberapa negeri hingga Ahad
MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor hingga Ahad ini.
Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak bagi tempoh sama.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca