← Back to list
JPJ Siasat Syarikat Kenderaan Terbabit Kemalangan di Lebuhraya PLUS
Dec 25, 2024
JPJ sedang siasat secara terperinci syarikat kenderaan yang terbabit kes kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan di Melaka yang akibatkan 7 maut dan 33 cedera.
Pihaknya berkata Pemeriksaan dan Audit Keselamatan turut dilakukan untuk teliti aspek keselamatan terutamanya berkaitan teknikal terhadap syarikat itu.
Tambahnya, JPJ pandang serius trend kemalangan babitkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain.
Terdahulu, tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong tengah Lebuhraya Utara-Selatan itu dilaporkan menjadi punca nahas terbabit berlaku.
.....
PDRM tingkatkan rondaan di kawasan kediaman dan komersial sempena musim cuti ini untuk memastikan keselamatan masyarakat.
Pihaknya turut ingatkan orang ramai supaya patuh peraturan jalan raya dan elak daripada memandu di bawah pengaruh alkohol semasa meraikan perayaan.
.....
Dalam pada itu, polis tahan dua lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan minggu lalu.
Terdahulu, sebuah video tular di media sosial paparkan pergaduhan dua kumpulan dipercayai penyokong Harimau Malaya dan Singapura yang bertindak agresif di stesen LRT terbabit.
.....
Dan Kementerian Komunikasi sekali lagi gesa semua penyedia platform dalam talian agar lebih proaktif sekat sebarang aktiviti tidak bermoral terhadap kanak-kanak.
Pihaknya berkata kerajaan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah yang mengancam masa hadapan kanak-kanak.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca