← Back to list
Hanya 5 saat, urusan imigresen dipercepat dengan penggunaan kod QR
Dec 09, 2024
Penggunaan teknologi kod QR di 40 kemudahan tambahan sistem pagar automatik di pintu masuk utama negara akan membolehkan urusan imigresen selesai dalam masa kurang lima saat.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata semua 40 kemudahan tambahan itu akan disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA.
Perolehannya dijangka selesai dalam tempoh tiga minggu lagi, sekali gus ia dapat mengatasi masalah kesesakan orang ramai.
__
DBKL akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap penjaja terutamanya penjaja tanpa lesen di seluruh ibu negara bagi memastikan pematuhan garis panduan.
Program penyeragaman khemah, baju, apron dan topi akan diperkenalkan bagi memudahkan pemantauan tersebut.
__
Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma, tiga tahun lalu.
Kes itu menggemparkan negara kerana mangsa yang hamil ketika kejadian selamat melahirkan bayi lelaki, secara pembedahan.
__
Dan, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan permohonan pelakon, Zahnita Wilson bagi mendapatkan perintah perlindungan.
Terdahulu, suaminya didakwa atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca