Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Banjir Kali Ini Mungkin Lebih Buruk Berbanding ‘Bah Kuning’

Nov 28, 2024


Kerajaan ramal banjir kali ini terutama di negeri-negeri Pantai Timur lebih buruk berbanding ‘bah kuning’ pada 2014. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jangkaan itu berdasarkan fokus dan ramalan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia. 

Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di Pantai Timur minggu depan diramal turut memburukkan situasi banjir.  

Susulan itu beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata kerajaan telah bersedia termasuk mengaktifkan sistem amaran awal.  

Ia termasuk telah dan sedia mengaktifkan kira-kira 8,400 PPS untuk tampung mangsa banjir di seluruh negara melibatkan sekolah, balai raya, dewan, masjid, surau dan pusat komuniti.  

Kerajaan pusat turut sedia 2 jenis bantuan kepada mangsa banjir iaitu Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Wang Ihsan Kematian. 

Banjir kini menjejaskan 6 negeri, terkini lebih 56,000 penduduk terpaksa berlindung di PPS. 

Kelantan paling terjejas menyaksikan jumlah mangsa sudah melebihi 46,000 orang. 

Di Terengganu terdapat lebih 9,000 mangsa, Kedah naik kepada 1,000 dan Perlis hampir 300. 

Manakala angka mangsa bencana alam itu Johor dan Perak tidak berubah masing-masing sekitar 30 dan 20 orang.  

Sementara itu KTMB memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas susulan banjir dan tanah mendap. 

Antara yang terlibat adalah laluan rel di Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan.  

Dalam perkembangan berkaitan, Bomba Perak sekali lagi minta pengendali sukan rekreasi air dan pemilik pusat peranginan hentikan sementara aktiviti di kawasan berisiko.  

Tegasnya, ia bagi elak kejadian atau insiden yang boleh ancam nyawa pengunjung atau peserta ketika musim tengkujuh ini.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us