← Back to list
Situasi Banjir Di Kelantan Semakin Memburuk
Nov 28, 2024
Bilangan mangsa banjir di Kelantan terus meningkat.
Jumlah mangsa kini lebih 29 ribu orang dan melibatkan 9 daerah setakat 9 pagi ini.
TNB terpaksa menutup bekalan elektrik di 4 daerah bagi memastikan keselamatan orang ramai ekoran situasi banjir yang semakin buruk.
Jabatan Pengairan dan Saliran turut maklumkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan paling tinggi banjir ketika ini.
Bencana itu telah meragut 2 nyawa setakat ini termasuk seorang warga emas.
Sementara itu, lebih 6 ribu mangsa banjir direkodkan di Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak yang masih berlindung di PPS di negeri masing-masing.
......
Kementerian Pengangkutan berkata MRL diarahkan untuk lakukan pemeriksaan segera di kawasan banjir khususnya di Pantai Timur jika terkait dengan pembinaan ECRL.
Pihaknya turut maklumkan operasi KTMB juga terjejas ketika ini susulan landasan kereta api berkenaan berada di beberapa kawasan yang tidak boleh dilalui akibat banjir.
......
Sementara itu, seorang wanita selamat melahirkan bayi perempuan selepas diselamatkan bomba dari banjir di Kapit, Sarawak.
.....
Kementerian Komunikasi berkata pelaksanaan saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas dalam fasa akhir penelitian MCMC.
.....
Dalam perkembangan lain, MCMC telah minta Facebook untuk menurunkan lebih 200 ribu kandungan dengan kira-kira 90 peratus daripada jumlah itu adalah berkaitan judi dalam talian dan penipuan.
.....
Dan KKM kesan satu kes baharu mpox di negara ini melibatkan seorang lelaki tempatan yang miliki sejarah perjalanan ke luar negara dan terlibat dengan aktiviti berisiko.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca