← Back to list
“Wujudkan Rumah Kucing Terbiar Untuk Didik Masyarakat”- Dr. Wan Azizah
Nov 23, 2024
Rumah kucing terutama di kawasan perumahan kos rendah perlu diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata inisiatif itu boleh menawarkan perkhidmatan seperti vaksinasi dan perkhidmatan adopsi kucing.
Tambahnya, langkah berkenaan turut mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab susulan banyak kucing gelandangan dibuang merata tempat ketika ini.
.....
Kerajaan China melanjutkan tempoh bebas visa dari 15 hari kepada 30 hari kepada 38 buah negara termasuk Malaysia.
Pihaknya maklumkan pelanjutan tempoh berkenaan akan berkuat kuasa bermula 30 November ini sehingga akhir tahun 2025.
.....
Polis tahan kira-kira 20 pelajar tingkatan 4 dan 5 disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Kota Kinabalu, Sabah seperti yang viral di media sosial.
Pihaknya berkata kejadian itu berlaku dipercayai berpunca daripada salah faham berkaitan dengan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.
.....
SPRM berkata pihaknya masih meneruskan siasatan babitkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung pengisytiharan aset.
Tambahnya, siasatan itu turut babitkan isteri Allahyarham dan ahli-ahli keluarganya dengan siasatan tertumpu kepada perolehan aset di luar negara.
.....
Polis Thailand menemui kira-kira 10 mayat yang ditanam berhampiran kuil di Bangkok selepas disyaki guna mayat dalam ajaran pelik ke atas kanak-kanak.
.....
Dan Filem Abang Adik dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca