← Back to list
Ujian Air Kencing Boleh Kesan Dadah Di Dalam 'Vape'
Nov 18, 2024
Dadah yang terkandung dalam rokok elektronik atau vape boleh dikesan melalui ujian air kencing.
Menteri Dalam Negeri berkata pengesanan awal berkenaan boleh dilakukan oleh pegawai pemulihan AADK selepas pelaksanaan Akta Penagih Dadah 2024.
Tambah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, penggunaan dadah di dalam vape menjadi ancaman kepada masyarakat khususnya kepada pelajar sekolah.
.....
SPRM beri jaminan dan komitmen mereka untuk melindungi pemberi maklumat seiring dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Pihaknya berkata Malaysia mempunyai undang-undang dan prosedur untuk pastikan pemberi maklumat dilindungi daripada tindakan balas yang tidak wajar.
.....
Polis berkata kertas siasatan berhubung kes buli penuntut di UPNM yang cedera akibat dipijak senior akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Tambahnya, kertas siasatan berkaitan kes berkenaan sedang dilengkapkan dan pihaknya telah rakam keterangan 13 individu bagi bantu siasatan setakat ini.
.....
Dalam pada itu, polis sedang siasat kemalangan babitkan kenderaan pengiring VIP dengan kenderaan orang awam di Lebuhraya PLUS Sabtu lalu.
.....
Kerajaan sedang semak isu pemansuhan subsidi minyak masak paket untuk kenal pasti cara yang terbaik bagi manfaatkan subsidi minyak itu untuk elak ketirisan.
.....
Dan kumpulan Sarkas yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic dinobat sebagai juara Muzikal Lawak Supertar 4.
Sementara itu, tempat kedua milik kumpulan Padie manakala kumpulan Putehh ketiga.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca