← Back to list
UPSR dan PT3 sudah tidak relevan - KPM
Nov 11, 2024
Kementerian Pendidikan tegaskan tidak akan berpatah balik dalam keputusan berkaitan pemansuhan UPSR dan PT3 yang dibuat masing-masing pada 2021 serta 2022.
Ini kerana peperiksaan itu disifatkan tidak lagi relevan khususnya dalam menerajui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terdahulu, beberapa ahli Parlimen minta pihak kementerian supaya mengembalikan dua peperiksaan terbabit.
__
Sementara itu, Kementerian Pendidikan sedang teliti cadangan untuk laksanakan peperiksaan kemasukan tunggal bagi pelajar lepasan matrikulasi dan STPM ke universiti awam.
Namun sehingga kini belum ada kata putus dimuktamadkan mengenai perkara itu.
__
Polis sudah rakam percakapan sembilan individu berhubung kes buli seorang penuntut tahun satu UPNM yang cedera parah akibat dipijak senior, bulan lalu.
Ketua Polis KL berkata rakaman percakapan bagi suspek utama kes itu pula akan dibuat hari ini.
__
Mahkamah Majistret Selayang melepas dan membebaskan pegawai polis dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' atas pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
__
Dan sebuah syarikat pengeluaran air minuman milik selebriti popular didenda keseluruhan RM17,500 atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Perkeso.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca