← Back to list
Kes Buli di UPNM Membimbangkan
Nov 11, 2024
Kes buli melibatkan pelajar UPNM terus berlaku.
Ini susulan satu lagi kes babitkan seorang penuntut tahun satu universiti berkenaan dilaporkan cedera parah akibat dipijak penuntut senior.
Polis berkata mangsa sedang mendapatkan rawatan di hospital susulan alami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Pihaknya akan jalankan siasatan terperinci dan nasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Sebelum ini, seorang pegawai kadet universiti yang sama turut menjadi mangsa buli senior apabila ditekap dadanya dengan seterika sehingga meninggalkan kesan lecur.
.....
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan tegaskan kes buli berkenaan merosakkan imej UPNM dan institusi pengajian tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk melengkapkan siasatan.
.....
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Isu babitkan kehamilan remaja dan perkahwinan bawah umur di negara ini semakin membimbangkan.
Ini susulan lebih 44 ribu kes telah direkodkan sejak lima tahun lepas dan kira-kira 17600 kes itu babitkan remaja yang belum berkahwin.
.....
Kementerian Dalam Negeri maklumkan pembinaan tembok di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Kelantan masih dalam peringkat cadangan.
.....
Polis sahkan video paparkan tapak pelupusan bangkai haiwan di Manjung, Perak yang viral di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar dan pihaknya sedang siasat motif kejadian.
Menurut polis, video yang viral itu menunjukkan beberapa bangkai anjing di dalam satu lubang tidak menggambarkan situasi sebenar lokasi tersebut.
.....
Dan Met Malaysia keluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga 9 pagi ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca