← Back to list
Kemuncak MTL Bermula Hujung Bulan Ini
Nov 08, 2024
Monsun Timur Laut dijangka capai tahap kemuncak bermula hujung bulan ini hingga Januari depan.
Menurut MetMalaysia, akan melibatkan negeri-negeri bersempadan dengan Thailand terutama Pantai Timur Semenanjung juga Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan situasi itu, ramalan jangka panjang kebanyakan model menunjukkan kawasan terlibat akan terima lebih hujan 20 hingga 40 peratus berbanding tahun lepas.
Sebelum ini, MetMalaysia memaklumkan musim tengkujuh di Malaysia bermula Selasa lalu dan dijangka berterusan hingga Mac depan.
Dalam tempoh ini, 5 hingga 7 episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Sebarang maklumat terkini ramalan cuaca dan bencana boleh didapati aplikasi MyCuaca.
Dalam perkembangan berkaitan, NADMA sudah kenal pasti 8 lagi lokasi di seluruh negara untuk dijadikan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) bagi menempatkan mangsa banjir.
Salah satunya adalah di Kota Tinggi, Johor dan ia sudah siap serta mampu menempatkan 400 mangsa.
Baki PPK akan dibina di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang.
Untuk rekod Pahang merupakan negeri pertama ambil insiatif bina PKK untuk mangsa banjir iaitu di Maran dan ia sudah siap tahun lalu.
Sementara itu lebih 200 tan makanan kering bernilai kira-kira RM3 juta sudah diagih ke 165 pangkalan hadapan di seluruh Pahang.
Menurut JKM negeri, ia sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang biasanya mengakibatkan banjir.
Lebih 860 PPS di seluruh Pahang juga telah didaftarkan dan ia akan menempatkan mangsa bencana banjir jika diperlukan.
---
Seorang pegawai kadet senior UPNM didakwa atas tuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika, namun mengaku tidak bersalah.
Mahkamah Sesyen KL kemudian membenarkan suspek diikat jamin 20,000 ringgit sementara menunggu sebutan semula kes hujung bulan depan.
Dalam kejadian 2 minggu lalu, mangsa dilapor ditekap dengan seterika pada dada selepas diminta gosok baju seniornya di asrama UPNM.
---
Mahkamah Tinggi KL memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bayar ganti rugi lebih RM1.3 juta kepada Lim Guan Eng.
Ini selepas bekas Perdana Menteri itu didapati memfitnah Pengerusi DAP tersebut berkaitan isu cukai dan penalti terhadap Yayasan Albukhary.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca