← Back to list
JAKIM percepat permohonan sijil halal kepada 30 hari
Nov 06, 2024
JAKIM berjaya menambah baik proses pengeluaran sijil halal kepada 30 hari.
Jelas Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, pihak JAKIM sentiasa komited dan prihatin dalam membantu percepatkan proses dapatkan sijil berkenaan.
Dr Zulkifli Hasan menambah JAKIM turut memantau perkara itu dari semasa ke semasa.
__
Laporan siasatan kes buli babitkan pegawai kadet tahun dua Akademi Latihan Ketenteraan UPNM dipercayai ditekap seterika oleh penuntut senior akan dibentangkan Jumaat ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan seterusnya akan dimuktamadkan oleh Lembaga Siasatan.
Semalam, polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kejadian itu kepada Jabatan Peguam Negara dan sedang menunggu arahan lanjut.
__
Calon Republikan, Donald Trump telah memenangi pilihanraya Presiden Amerika tewaskan wakil demokrat, Kamala Harris.
__
Dan Ronnie Hussain, Liza Aziz dan Ning Baizura antara senarai peserta yang akan bertanding di Gegarvaganza musim ke-11.
Gegarvaganza 11 akan turut tampikan penyanyi Indonesia seperti Dyrga Dadali, Inka Christie dan kumpulan The Lima.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca