← Back to list
Malaysia Bercadang Guna Tenaga Nuklear
Nov 06, 2024
Malaysia bercadang guna tenaga nuklear sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga negara pada masa depan.
Justeru menurut Menteri Ekonomi, kementerian berkaitan telah dipertanggungjawabkan untuk rangka undang-undang dan peraturan bagi tujuan tersebut.
Menurut Rafizi Ramli lagi, sumber nuklear dijangka dimasukkan secara rasmi sebagai salah satu sumber tenaga di negara ini dalam Rancangan Malaysia ke-13.
---
Kementerian Dalam Negeri akan beri penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang baru berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat esok.
Menteri Dalam Negeri berkata, KDN ambil maklum pandangan dan reaksi pelbagai pihak berhubung perkara itu selepas ia disebut dalam pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Jelas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, antara yang akan diperincikan adalah rasional tahanan rumah dilaksanakan, serta kategori dan bilangan banduan yang terlibat.
---
Perkhidmatan saringan sistem reproduktif lelaki, yang dimulakan secara berfasa tahun ini, dijadual diperluas ke semua klinik kesihatan menjelang tahun depan.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan demikian sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki bulan ini dan Malaysia pilih tema ‘Peduli Diri, Lelaki Afiat’.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca