← Back to list
Singkir Israel Dari PBB!
Nov 04, 2024
Malaysia telah menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB yang antaranya mencadangkan Israel disingkir sebagai anggota pertubuhan dunia itu.
Tegas Perdana Menteri, langkah wajar dilaksanakan jika berlaku perlanggaran undang-undang, hukum dan keputusan dalam isu membabitkan Palestin.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, draf itu sedang dalam proses rundingan dan dijangka dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB untuk kelulusan dalam masa terdekat.
---
Penduduk Pahang khususnya di kawasan berisiko dinasihat sentiasa bersiap sedia hadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sepanjang tempoh itu, Pahang seperti kelazimannya akan dilanda banjir.
Menurut ramalan MetMalaysia, MTL kali akan membawa 5 hingga 7 episod hujan lebat melibatkan negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, Johor, Sabah dan Sarawak.
---
Bermula Julai tahun depan, kenderaan menggunakan gas asli (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri antaranya demia keselamatan pengguna dan orang ramai.
Dalam perkembangan lain, pasukan petugas khas diberi masa 2 minggu untuk sedia laporan lengkap kes remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit pada soket sebuah bas ekspres di Pulau Pinang.
Menurut Kementerian Pengangkutan, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca