← Back to list
Belanjawan 2025 : KKM Fokus Penjagaan Kesihatan Primer
Oct 17, 2024
Belanjawan 2025 : KKM Fokus Penjagaan Kesihatan Primer
Penjagaan kesihatan primer untuk tangani penyakit kronik yang kian meningkat di negara ini antara tumpuan Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2025.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata fokusnya kepada langkah pencegahan dan promosi kesihatan bagi mengurangkan beban penyakit kronik seperti strok, HIV dan kanser.
Jelas beliau, ia sekaligus dapat mengurangkan kesesakan di hospital ekoran ramai pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan.
Imigresen tidak akan kompromi terhadap salah guna kuasa babit pegawainya.
Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa oleh pegawainya.
Pihaknya pandang serius penemuan siasatan mengenai wujudnya unsur kekerasan dan penderaan oleh beberapa pegawai terhadap tahanan Rohingya antara tahun 2020 hingga 2021.
Jabatan Imigresen sedang tunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan jika didapati bersalah, pegawai terbabit berdepan tindakan tegas.
Jenayah dalam talian meningkat
Laporan polis berkenaan jenayah dalam talian meningkat kira-kira 35 peratus iaitu lebih 34,000 kes, tahun lepas.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jenayah e-Dagang sumbang kes tertinggi iaitu 33 peratus diikuti jenayah telekomunikasi, pelaburan dan pinjaman tidak wujud, e-Kewangan serta Love Scam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca