← Back to list
Kerajaan tidak pernah bincang untuk tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan
Oct 07, 2024
Perdana Menteri tegaskan kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ianya merupakan tuduhan jelik dan sifatkannya sebagai pemalsuan fakta yang boleh cetuskan kebencian.
Beliau juga minta agar semua pihak lebih bertanggungjawab dan tidak menyebarkan perkara tidak benar seumpama ini.
.....
Dalam perkembangan lain, kerajaan setuju perbanyakan latihan Bahasa Cina dan Tamil di institusi perguruan selain daripada Bahasa Kebangsaan.
Menurut Perdana Menteri, perkara ini untuk melatih lebih banyak guru dalam subjek berkenaan untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.
.....
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching telah dilantik sebagai pengerusi DAP Johor yang baharu.
Ini sekali gus menyaksikan Ketua Wanita DAP itu menjadi wanita pertama yang memegang jawatan itu di negeri berkenaan.
.....
KKM berkata Lebih 8 ribu premis di seluruh negara terima amaran susulan pelanggaran Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
.....
Sementara itu, lebih 86 ribu notis kesalahan merokok dikeluarkan oleh KKM sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini dengan Selangor catat negeri tertinggi terima notis berkenaan.
.....
Dan kira-kira 20 kematian baru telah dilaporkan di Gaza susulan serangan udara terbaharu Israel ke atas Palestin.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan hampir 42 ribu rakyatnya terkorban sejak serangan yang dilancarkan genap setahun lalu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca