← Back to list
Monsun Timur Laut: Lebih 4 Ribu 'Hotspot' Banjir Dikenal Pasti
Oct 04, 2024
Lebih 4 ribu kawasan ‘hotspot’ banjir di negara ini dikenal pasti menjelang Monsun Timur Laut yang dijangka bermula bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata kawasan itu dikenal pasti bagi membolehkan persediaan dan perancangan awal sebelum berlakunya banjir.
Tambah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pemantauan berterusan akan dijalankan mulai sekarang melibatkan pelbagai agensi.
.....
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata NADMA No.1 akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana di negara ini.
Ujarnya, kerajaan tekankan strategi pengurusan risiko yang lebih menyeluruh dan inklusif untuk kurangkan risiko dan impak bencana.
.....
lebih 1000 mangsa banjir di Selangor direkodkan ketika ini dengan 4 PPS dibuka di 2 daerah di negeri berkenaan bagi menempatkan mangsa.
Sementara itu, Perak mencatatkan kira-kira 200 mangsa, lebih 80 mangsa di Kedah dan 7 mangsa direkodkan di Pahang.
.....
Met Malaysia keluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 9 pagi ini.
.....
Kementerian Pendidikan Tinggi berkata tiada keperluan mansuhkan minggu orientasi di universiti awam bagi memastikan penuntut baharu dapat menyesuaikan diri di kampus.
.....
Jabatan Kesihatan Pahang merekodkan lebih 1400 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 September yang lalu.
.....
Dan KKM gesa ibu bapa dan guru untuk ambil perhatian berhubung rekaan vape yang seakan-akan alat tulis di pasaran.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca