← Back to list
Wisma Putra Evakuasi Rakyat Malaysia di Lubnan.
Oct 02, 2024
Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang laksana proses evakuasi 15 rakyat Malaysia yang berada di Lubnan.
Ia berikutan situasi semakin meruncing ekoran Israel memperluaskan dan meningkatkan serangan di darat pula.
Menurut Wisma Putra, warga asing pasangan kepada rakyat Malaysia turut akan dibawa keluar, manakala 4 rakyat Malaysia pilih untuk kekal di Lubnan.
Sementara itu Iran tampil beri penjelasan atas tindakannya lancar serangan peluru berpandu terbaru terhadap Israel.
Jelas Tehran, mereka tiada pilihan lain kerana Majlis Keselamatan PBB gagal dalam tugas asasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Ia juga sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas beberapa negara Arab yang turut menyebabkan pemimpin Hamas dan Hezbollah terbunuh.
Dalam perkembangan berkaitan Jawi syor masjid dan surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat hajat mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin, Lubnan, Syria dan Yaman yang jadi mangsa serangan Israel.
----
Penjaja dan peniaga berlesen wajib membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri mulai 1 Januari tahun depan.
Menurut PERKESO, caruman itu bertujuan menyediakan sokongan kewangan kepada golongan itu jika berlaku bencana kerja.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca