← Back to list
Banjir kilat, kepala air, tanah runtuh boleh berlaku semasa fasa peralihan monsun – METMalaysia
Sep 24, 2024
Fasa peralihan monsun bermula hari ini.
Menurut MetMalaysia, antara kesan cuaca yang diramal boleh berlaku sepanjang fasa itu termasuk banjir kilat, tanah runtuh, kepala air dan puting beliung.
Tambahnya, ia dijangka berlarutan sehingga awal November.
Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan oleh MetMalaysia.
__
Kementerian Pendidikan sudah menggerakkan pasukan bagi bantu murid-murid yang terkandas di PPS akibat banjir.
Pasukan Sokongan Pintar dan Sokongan Akademik ditugaskan untuk beri bantuan dari aspek psikososial dan kaunseling serta bantuan pembelajaran.
__
Keputusan peperiksan SPM UIangan 2024 boleh disemak 1 Oktober ini bermula jam 10 pagi melalui SMS atau portal web kementerian.
__
Dan penyanyi Ernie Zakri umum konsert sulungnya 'Aura: Ernie Zakri Live in Concert' akan diadakan di Kuala Lumpur, awal tahun depan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca