Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Tindakan Undang-Undang Menanti Peminjam Tak Pernah Bayar Balik Hutang PTPTN

Sep 22, 2024


PTPTN akan ambil tindakan undang-undang terhadap lebih 400,000 individu yang tidak pernah bayar balik pinjaman berjumlah RM6 bilion. 

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, sikap tidak bertanggungjawab itu akibatkan kedudukan kewangan PTPTN kini berada di tahap membimbangkan. 

Sementara itu KPT memaklumkan, lebih 26,500 pelajar ditawar Wang Pendahuluan Pinjaman 1,500 ringgit bagi pengajian ijazah sarjana muda di IPTA sesi Oktober tahun ini. 

Dalam perkembangan lain, kementerian beri jaminan akan beri kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi kesan penyebaran ajaran berkaitan GISB dalam kalangan siswa dan pensyarah di IPT. 

---  

Sementara itu polis tahan 155 lagi individu di seluruh dalam operasi besar-besaran terhadap GISB. 

Mereka ditahan menerusi serbuan ke atas pelbagai premis termasuk rumah kebajikan, klinik, dan pusat perniagaan milik kumpulan itu. 

Polis juga jumpa ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam dalam serbuan di Melaka dan Kelantan.  

Ia dilapor jadi satu lagu bukti bahawa GISB dipercayai masih amal ajaran Al-Arqam yang telah difatwakan sesat pada 1994.  

--- 

Kedah kini mencatatkan lebuh 8,500 mangsa banjir.  

Daerah yang terjejas ialah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu dan Bandar Baharu. 

Manakala di Kerian di Perak, hampir 30 mangsa berlindung di PPS. 

Sementara itu lebih 5,000 hektar tanaman padi di negeri-negeri di utara tanah air terjejas akibat banjir, dengan anggaran kerugian mencecah RM32 juta.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca