← Back to list
Kes GISB: Agong titah PDRM jalankan siasatan menyeluruh
Sep 17, 2024
Yang di-Pertuan Agong gesa PDRM jalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kes berkaitan GISBH.
Sultan Ibrahim bertitah baginda memandang serius isu berkenaan dan menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pandangan melampau berkaitan isu agama.
Sementara itu, seorang penjaga rumah amal kendalian syarikat GISBH yang tular di media sosial selepas disyaki melakukan penderaan, antara 171 kakitangan ditahan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata penahanan berdasarkan pengakuan lelaki terbabit mendakwa melakukan penderaan fizikal kepada penghuni kanak-kanak.
__
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara sahkan hampir 150 mangsa eksploitasi kanak-kanak kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tan Sri Razarudin Husain menambah baki lebih 240 kanak-kanak kini ditempatkan di pusat latihan PULAPOL PDRM dan akan dipindahkan ke pusat perlindungan sementara secara berperingkat.
__
Tempoh reman tiga suspek dipercayai membunuh bekas pelumba negara Elly Idzlianizar Elias di Kangar minggu lalu disambung enam hari lagi.
Terdahulu, polis sahkan kematian Elly Idzlianizar disebabkan kecederaan parah akibat ditetak hingga 12 tetakan selepas terbabit dengan pergaduhan.
__
Dan pengguna TikTok ‘Abang Bas’ yang sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan termasuk melakukan amang seksual kanak-kanak dibebaskan selepas membayar jaminan sebanyak RM40,000.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca