← Back to list
Kes GISB: Lebih Banyak Kes Dera Disyaki Berlaku
Sep 17, 2024
Lebih banyak lagi kes penderaan dipercayai berlaku melibatkan kanak-kanak di rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB).
Ketua Polis Negara memaklumkan, ini setelah PDRM kesan sejumlah video kanak-kanak didera yang dilaporkan berlaku di rumah amal itu.
Susulan itu Tan Sri Razarudin Husain akan minta pegawai Pasukan Petugas Khas buat laporan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Hal Ehwal Agama berkata, bekas pengikut GISB akan dipanggil segera untuk beri maklumat berkaitan fahaman kumpulan itu kepada jawatankuasa khas.
Ujar Datuk Mohd Na'im Mokhtar, maklumat mereka penting untuk membolehkan isu berkaitan kumpulan itu dimuktamadkan sama ada ia menyeleweng atau sebaliknya.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) sedia bawa ke Kabinet cadangan agar dasar berkaitan peperiksaan Tahun 6 dan Tingkatan 3 disemak semula.
Ia susulan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung masalah murid tidak mahir membaca, menulis dan mengira (3M)
Ia berikutan isu 3M dilapor antara punca lebih 10,000 pelajar tidak menduduki SPM tahun lalu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca