← Back to list
Kes rumah amal GISBH: Terdapat ciri pengabaian dan penganiayaan - Polis
Sep 16, 2024
Polis sahkan terdapat ciri pengabaian dan penganiayaan terhadap penghuni rumah perlindungan dikaitkan dengan GISBH.
Ketua Polis Negara berkata ia susulan saringan kesihatan dijalankan ke atas lebih 380 penghuni berkenaan.
Tan Sri Razarudin Husain menambah jumlah penghuni yang dipercayai menjadi mangsa liwat juga masih dalam siasatan dan akan diperincikan kemudian.
Terdahulu, polis menyelamatkan lebih 400 kanak-kanak dan remaja disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.
__
Polis sedang jalankan siasatan berhubung video tular di media sosial memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal secara berbahaya di Alor Setar.
Ini selepas mereka didapati menunggang basikal secara berbahaya sehingga menyebabkan salah seorang daripadanya didapati hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.
__
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor zahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnah Baginda.
__
Dan orang ramai dijemput hadir ke Sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 7 malam!
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca