← Back to list
Kes Eksploitasi Kanak-kanak: 171 Individu Direman
Sep 13, 2024
Polis sedang menemu bual lebih 400 kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan hasil serbuan ke atas 20 rumah amal dipercayai milik GISB berhubung kes eksploitasi dan liwat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses itu mungkin ambil masa 2 minggu untuk diselesaikan.
Sementara itu kira-kira 170 individu yang ditahan dalam serbuan berhubung kes itu di Selangor dan Negeri Sembilan kini direman 7 hari untuk siasatan.
Manakala PDRM akan ambil keterangan pengurusan tertinggi GISB dalam masa terdekat berhubung dakwaan syarikat itu terbabit kegiatan eksploitasi kanak-kanak.
---
Ketua Pengarah JPJ beri amaran, Pengarah dan Ketua Cawangan JPJ negeri berdepan tindakan tegas jika membiarkan kaunter perkhidmatan tidak dibuka seperti sepatutnya.
---
Polis Selangor mendapati kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di sebuah masjid di Subang Jaya bukan mangsa cubaan culik tetapi mungkin mangsa amang seksual.
---
Siasatan polis Perak mendapati pemandu MPV yang kenderaannya terlanggar sebuah kuil sebenarnya alami gejala hipoglisemia akibat kencing manis, bukannya kerana mabuk.
---
Polis Pahang tahan seorang lelaki kerana buat laporan palsu kononnya disamun 3 lelaki di Genting Highlands sedangkan sebenarnya duitnya digunakan untuk berjudi.
---
Jabatan Alam Sekitar Johor telah ambil 9 sampel untuk dianalisis berhubung kes pencemaran bau akibat sisa kimia di Sungai Tebrau.
---
Imigresen Kedah tahan seorang warga Sri Lanka kerana menyamar sebagai rakyat Malaysia ketika cuba memasuki Thailand.
---
2 lelaki disyaki konco along ditangkap sendiri oleh pemilik rumah di Bercham, Perak ketika cuba simbah cat dan tampal notis.
---
WHO umum pemindahan perubatan terbesar keluar dari Gaza sejak 7 Oktober, melibatkan hampir 100 penduduk Palestin yang sakit dan cedera parah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca