← Back to list
Kaji & Siasat Kes Kematian Tahanan
Sep 10, 2024
Menteri Besar Johor mahu pihak berkuasa segera tangkap pelaku yang menyebabkan insiden pencemaran bau akibat bahan kimia di negeri itu.
Terbaru, SK Kampung Maju Jaya di Johor Bahru diarah tutup sementara ekoran pencemaran tersebut.
Manakala hampir 40 penduduk Kampung Orang Asli Pasir Intan di Kota Tinggi kini ditempatkan di balai raya ekoran pencemaran bahan kimia sejak Khamis lalu.
---
Perdana Menteri minta Suhakam dan PDRM melakukan kajian berhubung kes kematian dalam tahanan.
Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, prosedur dan perlindungan yang bersesuaian perlu diwujudkan bagi elak kes sedemikian berulang.
---
Jabatan Imigresen akan laksana kaedah pusingan kerja secara berterusan bagi tangani isu salah laku di pintu masuk negara.
Ia termasuk memendekkan tempoh penugasan pegawai dan anggotanya di tempat sensitif misalnya KLIA dari 5 kepada 3 tahun.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca