← Back to list
Pengurusan pesakit diabetes tidak terjejas - KKM
Aug 23, 2024
KKM maklumkan pengurusan pesakit diabetesnya tidak terjejas biarpun berdepan isu bekalan insulin.
Dalam satu kenyataannya, berlaku gangguan bekalan insulin disebabkan isu pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan.
Pihaknya telah mengambil beberapa pendekatan termasuk meningkatkan penggunaan insulin jenis analog dan terapi oral bagi memastikan pesakit diabetes terus menerima rawatan.
----
Masalah rabun dalam kalangan murid sekolah di Wilayah Persekutuan amat membimbangkan berdasarkan hasil saringan dibuat di bawah Program Mata Hati Wilayah.
Menteri Wilayah Persekutuan berkata 58 peratus daripada lebih 2,070 murid dikenal pasti rabun setakat Jun lalu.
----
Kerajaan pandang serius tindakan Agensi Antirasuah Bangladesh berhubung kes empat bekas ahli parlimennya terlibat kes penipuan pekerjaan berjumlah hampir 9 billion ringgit.
Kementerian Dalam Negeri berkata pihaknya memerlukan laporan lengkap berhubung isu itu untuk tindakan seterusnya.
Pihaknya juga menerusi Wisma Putra akan meminta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh agar sediakan maklumat terperinci dan terkini mengenai perkara tersebut.
----
Kementerian Luar Negeri melalui kedutaannya di Moscow, sedang memantau dengan teliti serangan dron baru-baru ini di Moscow.
Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke kawasan terjejas diminta terus waspada dan patuhi semua garis panduan keselamatan ditetapkan.
----
Seorang pelajar berusia 15 tahun lemas selepas mandi di Sungai Terengganu setelah pulang dari sekolah dengan rakan-rakannya.
----
Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya dalam satu istiadat di Istana Abdulaziz Kuantan.
----
Dan, Thailand sahkan kes pertama Mpox yang mungkin lebih berbahaya menjadikannya kes varian pertama di Asia.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca