← Back to list
Portal Fraud Kebangsaan Guna AI Kesan Penipuan
Aug 21, 2024
Kerajaan lancar Portal Fraud Kebangsaan (NFP).
Ia merupakan sebuah platform berasaskan teknologi yang bertujuan mengesan, mengesahkan dan menjejaki aktiviti penipuan yang dilaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan.
NFP turut disokong oleh akses kepada data berkaitan akaun keldai daripada seluruh industri kewangan.
Portal itu juga akan dilengkapi teknologi AI terkini bagi kenal pasti transaksi mencurigakan melalui analisis ramalan.
---
Polis menemui mayat kanak-kanak berusia 2 tahun di Pantai Leman, Kuala Kedah dipercayai menjadi mangsa bunuh bapanya.
Sebelum ini, polis tahan seorang lelaki etnik Rohingya susulan penemuan mayat wanita dan anaknya dalam longkang dekat sebuah bangunan terbiar di Pekan Simpang Kuala.
Seorang anak lelakinya berusia 5 tahun ditemui selamat bersama suspek ketika ditahan namun dalam keadaan trauma.
Siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lalu bersama isteri dan 3 anak secara gelandangan.
---
SPRM berjaya bongkar kegiatan sindiket bawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara dipercayai tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.
Sindiket itu dipercayai turut didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara guna modus operandi counter setting.
Setakat ini 12 suspek ditahan termasuk 4 pemilik syarikat dan 5 anggota penguat kuasa di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.
---
3 murid sekolah yang hilang ekoran tragedi perahu karam di Sungai Stamin, Lundu masih tidak ditemui.
Menurut polis Sarawak, operasi mencari dan menyelamat juga ditangguhkan ke pagi ini.
Dalam kejadian pagi semalam, perahu berkenaan bawa kira-kira 20 penumpang majoritinya murid sekolah.
---
Polis tembak mati seorang lelaki warga asing di Subang Jaya petang semalam disyaki mendalangi 45 kes samun bersenjata sejak 2018 dan libat kerugian lebih RM8 juta.
Sebelum itu berlaku insiden berbalas tembakan ekoran suspek, seorang warga Afrika enggan memberhentikan kereta untuk diperiksa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca