← Back to list
Rakyat disyor muat naik video, gambar kibar Jalur Gemilang dengan #KibaranJiwaMerdeka
Aug 20, 2024
Rakyat Malaysia digalak muat naik video dan gambar mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Kementerian Perpaduan Negara berkata kesemua gambar dan video dimuat naik di platform media sosial masing-masing dengan tanda pagar #KibaranJiwaMerdeka.
Ia juga sebahagian daripada kempen kementerian untuk meningkatkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.
Rakyat Malaysia berada di luar negara juga dialu-alukan menyertai kempen ini.
__
Khidmat kaunseling untuk suami dan anak-anak mangsa bunuh Istiqomah Ahmad Rozi akan disediakan.
Kementerian Pendidikan berkata pihaknya juga akan melihat keperluan lain termasuk pencen dan kebajikan terhadap anak-anak mangsa.
Insiden menimpa mangsa sangat beri kesan kepada kementerian kerana beliau seorang guru yang sangat berdedikasi dan komited dengan tugas.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pasir Mas Kelantan malam tadi.
__
Rakaman keterangan bekas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dengan isu 3R ditangguhkan ke hari esok.
Ketua Polis Negara berkata peguam kepada Pengerusi PN itu masih berada di Thailand.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca