← Back to list
Kandungan Mengandungi AI Perlu Dilabelkan
Aug 16, 2024
Kementerian Komunikasi mahu platform media sosial letak notis atau label AI pada setiap kandungan AI yang dimuat naik bagi elak insiden tidak diingini.
Tegas menterinya, semua platform media sosial wajib bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di platform mereka.
Fahmi Fadzil berkata demikian bagi mengulas insiden pempengaruh media sosial terkenal Khairul Aming yang jadi mangsa video palsu menggunakan teknologi Deep Fake.
Dalam perkembangan lain, Fahmi nafi dakwaan kononnya beliau pernah mengarahkan Google untuk menyahaktifkan ciri graf pertukaran nilai mata wang ringgit.
---
Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri dilapor akan berlangsung pada 11.00 pagi ini di Putrajaya.
Datuk Anwar Ibrahim dijangka buat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada majlis itu.
---
Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan hampir 14 ribu permohonan kewarganegaraan sejak 2012.
75 peratus daripadanya melibatkan anak tidak sah taraf, anak jagaan dan anak angkat.
---
2 pesawat TUDM yang bawa 40 rakyat Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza dilapor telah berlepas dari Mesir dan dijangka tiba di Malaysia pagi ini.
Mereka alami pelbagai kecederaan termasuk tulang dan melecur serta akan dirawat di sejumlah hospital di negara ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca