← Back to list
Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar
Aug 06, 2024
Perdana Menteri akan umumkan sebahagian mekanisme pelarasan gaji penjawat awam hujung minggu depan.
Sementara itu, perincian selengkapnya akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 Oktober ini.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelarasan gaji itu adalah wajar untuk mengiktiraf peranan penjawat awam di negara ini.
Tambah beliau, kenaikan gaji itu akan menjadi yang tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam Malaysia.
__
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos sara hidup.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia juga akan menangani masalah seperti kartel dan monopoli, serta punca kenaikan harga barang.
__
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima permohonan maaf oleh Meta kerana menurunkan hantaran ucapan takziah berhubung pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selepas beliau menghubungi Perdana Menteri mengenai isu berkenaan.
Terdahulu, Meta mohon maaf atas tindakan menurunkan hantaran berkenaan di Facebook dan Instagram dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca