← Back to list
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Tindakan paling terkutuk, cubaan gagalkan gencatan senjata - PM Anwar
Jul 31, 2024
Perdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbuatan yang terkutuk dan paling keji itu, direka untuk mengagalkan perbincangan gencatan senjata, di Gaza.
Beliau turut menyifatkan Ismail sebagai seorang sahabat yang akrab, serta tokoh pejuang sejati rakyat Palestin.
Haniyeh dibunuh di Tehran dalam satu serangan yang dipercayai didalangi Israel.
Sementara itu, semua masjid bawah kendalian JAKIM dan JAWI diminta melakukan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas itu.
__
Seorang ahli keluarga kepada lelaki menyerang Balai Polis Ulu Tiram Mei lalu diperintah mendapatkan rawatan di hospital.
Ini selepas tertuduh didapati dikesan mempuyai simptom kemurungan.
Jun lalu, tertuduh dan 4 ahli keluarganya didakwa di Mahkamah atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas.
__
PTPTN lanjutkan tempoh Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah 300 ringgit sehingga September nanti.
Di bawah kempen itu, peminjam yang mempunyai tunggakan perlu membuat bayaran tunggakan serendah 300 ringgit sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman
Mereka diwajibkan untuk membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca