← Back to list
Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah - Ahmad Zahid
Jul 26, 2024
Tajaan syarikat arak kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini, adalah untuk penganjuran konsert amal dan bukannya sumbangan kepada sekolah itu.
Itu penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan wujud persepsi yang mendakwa syarikat berkenaan menyalurkan dana kepada sekolah Cina.
Konsert amal itu katanya dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit dan Lembaga Pengelola Sekolah.
__
Empat individu yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak enam tahun di Johor, Sabtu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.
Manakala tempoh reman suspek kelima yang ada bersama mangsa ketika ditemui, akan tamat Isnin depan.
__
Dan penyanyi Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada seorang pensyarah IPT.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca