← Back to list
Buli Siber: Platform Media Sosial Turut dikenakan Tindakan
Jul 22, 2024
Kerajaan akan ambil tindakan terhadap beberapa platform media sosial berhubung pengendalian kes dan isu buli siber.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia memandangkan platform terbabit tidak begitu serius dalam menyelesaikan masalah dan isu berkenaan.
Beliau menambah, kerajaan juga tidak puas hati dengan usaha pengendali platform media sosial dalam menangani isu lain seperti penipuan dan iklan perjudian dalam talian.
Dalam perkembangan berkaitan, pindaan kepada Kanun Keseksaan untuk menangani buli siber dijangka dibentangkan di Parlimen, Oktober nanti.
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi berkata pasukan khas melibatkan 4 kementerian akan semak dengan teliti secara keseluruhan perkara tersebut.
Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan semakan itu merangkumi takrifan yang tepat mengenai buli siber dari aspek undang-undang yang ketika ini tidak jelas dalam Perlembagaan.
---
Polis telah berkas seorang lelaki yang terlibat kes melarikan 2 kanak-kanak di Kuala Selangor, Jumaat lalu.
Pihaknya sedang siasat suspek bagi kenal pasti motif dan modus operandinya.
Menurut laporan, mangsa dilarikan suspek dengan menaiki sebuah kereta sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat.
---
Polis Pahang tahan 3 pelajar berusia 16 dan 17 tahun ekoran seorang murid Tingkatan 2 cedera parah akibat dibelasah di Raub, baru-baru ini.
Difahamkan, mangsa dibelasah kerana gagal menggantikan telefon pintar milik suspek yang dirosakkan oleh adiknya secara tidak sengaja.
---
Polis Terengganu tahan seorang lelaki berkaitan kes perkosa anak perempuannya berusia 13 yang juga seorang OKU di Dungun.
Perbuatan keji itu terbongkar setelah remaja itu melahirkan bayi kelmarin selepas dibawa ke klinik oleh ibunya kerana mengadu sakit perut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca