← Back to list
Buli Siber: Kerajaan Teliti Undang-Undang Lebih Berat
Jul 19, 2024
Kabinet akan bincang penyelesaian kepada masalah buli siber dalam mesyuarat hari ini.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), rakyat juga boleh menjangkakan pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi.
Terdahulu KDN memaklumkan, kerajaan sedang teliti pembentukan undang-undang lebih berat kepada pembuli siber sehingga menyebabkan kematian.
Baru-baru ini seorang wanita hanya didenda RM100 selepas mengaku salah atas tuduhan kes buli siber ke atas pempengaruh, mendiang Esha yang jadi perhatian umum.
---
Beg tangan dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini ditemui dalam operasi pencarian bahan bukti di Sungai Trolak, Perak.
Pencarian yang dijalankan polis sebelum ini telah menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa.
Dalam perkembangan berkaitan, polis Selangor akan mohon untuk sambung tempoh reman anggota polis yang diberkas berhubung kes bunuh graduan UPSI berkenaan.
Sementara itu jenazah mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak telah dikebumikan di Pekan, Pahang petang semalam.
---
Perkhidmatan bas henti-henti percuma disediakan kepada pengunjung Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Cyberjaya, Ahad ini.
Orang ramai juga berpeluang nikmati pengurangan kadar kompaun saman PDRM sehingga 50 peratus pada majlis pelancaran tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca