← Back to list
KKM gerakkan usaha reformasi khidmat kesihatan terbaik
Jul 17, 2024
Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Pejabat Transformasi Kesihatan di bawah National Health Financing.
Ujar Menteri Kesihatan, ia bagi merencana dan mengerakkan usaha reformasi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad juga memaklumkan, KKM sedar akan bebanan perbelanjaan duit poket yang ditanggung rakyat untuk perbelanjaan kesihatan.
Menurut beliau, perkara itu akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam pembentangan mengenai dasar bagi transformasi kesihatan negara nanti.
---
Dalam perkembangan lain, di Dewan Rakyat, semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini!
Tegas beliau, nama Ahli Parlimen yang gagal berbuat demikian akan dinaikkan di laman web Parlimen.
---
Jenazah mangsa bunuh, Nur Farah Kartini akan dituntut keluarga mangsa hari ini selepas semua prosedur selesai.
Abang mangsa turut memaklumkan BH, jenazah Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang, hari ini.
Sebelum ini jenazah graduan UPSI itu dilapor akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Miri, Sarawak, untuk dikebumikan.
---
Gadis yang parah selepas dihempap kayu balak yang terjatuh daripada lori di Gua Musang, Kelantan minggu lalu dilapor kembali sedar selepas 5 hari ditidurkan.
---
Dan, polis Indonesia tahan seorang lelaki kerana sunting gambar kira-kira 20 rakan wanitanya guna AI bagi tujuan tidak baik.
Ia mengakibatkan semua mangsa alami trauma yang teruk kerana gambar yang disunting itu disebarkan pelaku di media sosial.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca