← Back to list
Stoking Kalimah Allah: KK Mart, syarikat pembekal didenda RM60,000
Jul 15, 2024
Syarikat KK Mart dan sebuah syarikat pembekal masing-masing didenda RM60,000.
Kedua-dua syarikat itu didenda atas kesalahan melukakan perasaan orang Muslim berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Terdahulu, pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan KK Mart serta isterinya dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan yang sama.
__
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar dewan dan digantung tiga hari daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Ini susulan beliau menggunakan perkataan ‘anti-Islam’ ditujukan kepada Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.
Keputusan dibuat selepas Datuk Awang enggan menarik balik kenyataan tersebut.
__
Malaysia tetap teruskan tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat dalam insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh 10 tahun lalu.
Kementerian Pengangkutan berkata beberapa negara lain yang terbabit juga akan teruskan tindakan sama di peringkat antarabangsa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca