← Back to list
Lebih 9 juta vaksin COVID-19 terpaksa dilupuskan
Jul 11, 2024
Lebih 9 juta vaksin COVID-19 pelbagai jenama terpaksa dilupuskan babitkan kerugian kira-kira 180 juta ringgit.
Kementerian Kesihatan berkata, pelupusan itu membabitkan beberapa perkara antaranya logistik dan juga penyimpanan stok setakat 11 Jun lalu.
Dalam pada itu ia menambah daripada sejuta laporan yang diterima, hanya 26 babitkan kesan sampingan serius akibat penerimaan vaksin COVID-19.
.....
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud melanda Filipina pagi tadi turut dirasai di sekitar Sabah dan Labuan.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami di Malaysia.
.....
Agensi Pengangkutan Awam Darat batalkan lesen pengendali dan permit sebuah syarikat bas yang terlibat insiden kemalangan maut di Jalan Genting Highlands.
Terdahulu, 2 warga China maut ekoran bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum langgar tembok tengah pembahagi jalan di Genting Highlands.
.....
Seorang lelaki direman 6 hari bagi bantu siasatan kematian seorang kanak-kanak selepas disyaki makan keropok beracun.
Mangsa dan adiknya kritikal selepas termakan keropok disyaki bercampur racun yang digunakan untuk halau haiwan liar di Kedah.
.....
Pasangan pempengaruh suami isteri direman 4 hari bagi bantu siasatan kes menyeleweng kutipan derma.
.....
Dan menurut Harian Metro, Ali XPDC dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung, namun berada dalam keadaan stabil.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca