← Back to list
Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Hingga Akhir Tahun
Jun 30, 2024
Tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
Malah, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, pengguna komersial dan industri akan mengalami penurunan kadar surcaj dalam tempoh tersebut.
Kerajaan juga bersetuju menurunkan surcaj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan pihak Pihak Berkuasa Tempatan.
-----
Kerajaan sasar semua Tabika Kemas di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz menjelang 2030.
Ia bertujuan memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak menggunakan modul Yayasan Pahang, Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak dan Kemas.
Untuk tujuan itu, satu kerjasama akan dijalin dengan UPSI untuk mengajar guru-guru yang tidak ada latar belakang pendidikan agama untuk mengajar al-Quran dan agama Islam.
-----
Rakyat Malaysia yang berkunjung ke India diberi pengecualian visa selama 30 hari bermula 1 Julai ini hingga 30 Jun tahun depan.
Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia berkata, pengecualian itu terpakai kepada pemohon visa elektronik atau e-visa tanpa sebarang kos.
Jelas kenyataan itu lagi, bagi permohonan selain visa pelancong, rakyat Malaysia masih dikenakan bayaran seperti yang ditetapkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca