← Back to list
Grand Saga Tambah Baik Laluan Tidal ke Ibu Kota
Jun 16, 2024
Grand Saga Sdn. Bhd, syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga akan membuat penambahbaikan pada laluan tidal sebelah pagi dari Cheras menghala ke ibu negara.
Laluan tidal yang akan berkuat kuasa pada Selasa, 18 Jun 2024 ini bermula di lokasi baru iaitu di KM14.9 selepas Plaza Tol Batu 11.
Kenderaan yang ingin keluar melalui persimpangan Telekom, persimpangan Hulu Langat, persimpangan PGA atau menyambung ke Lebuhraya SUKE perlu kekal di laluan utama dan tidak perlu memasuki laluan kontra.
Kenderaan yang menghala ke Kuala Lumpur dari persimpangan Bandar Tun Hussein Onn, persimpangan Telekom dan persimpangan Hulu Langat pula boleh mengakses laluan kontra ini melalui pintu masuk kedua di KM12.3.
Laluan tidal ini akan diaktifkan selama dua jam setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi kecuali pada hujung minggu dan cuti umum.
Pengguna dinasihat merancang perjalanan mereka lebih awal apabila laluan tidal beroperasi dan berada di lorong yang sesuai untuk mengelakkan kekeliruan dan gangguan aliran trafik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca