← Back to list
Maklumat disebarkan itu adalah fitnah - Peguam keluarga Zayn Rayyan
Jun 14, 2024
Keluarga Zayn Rayyan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat KONONNYA fakta kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu di Telegram.
Nasihat untuk berbuat demikian dicadangkan oleh peguam mereka selepas tangkap layar berkenaan viral sejak semalam.
Dalam pada itu, Bukit Aman dan MCMC akan bekerjasama menyiasat perkara tersebut.
__
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta orang ramai memberi ruang kepada PDRM dan mahkamah untuk menyelesaikan kes terbabit.
__
Dalam perkembangan berkaitan, JKM akan memohon kepada Mahkamah Shah Alam untuk mendapatkan perintah jagaan sementara adik kepada Zayn Rayyan.
Pengarahnya, Azmir Kassim berkata pihaknya juga akan meminta satu tempoh masa daripada mahkamah untuk mengenal pasti waris atau orang yang layak untuk penjagaan kanak-kanak itu.
__
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara.
__
Dan filem aksi terbitan Astro Shaw, The Experts dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai bermula hari ini sehingga 23 Jun.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca