← Back to list
Kes Keracunan Makanan: Polis Panggil Pengusaha Katering
Jun 12, 2024
Kaunter yang berurusan dengan orang ramai boleh menasihatkan pelanggan untuk buka sedikit pelitup muka bagi tujuan keselamatan.
Menurut polis KL, perkara itu perlu diamalkan dalam usaha membantu pihak berkuasa kenal pasti suspek jika berlaku kes jenayah.
Sementara itu PDRM masih siasat kes ancaman bom palsu berbentuk bungkusan di sebuah kementerian di Putrajaya, baru-baru ini.
12 individu telah dirakam percakapan berhubung kes tersebut dan polis kini dalam proses akhir untuk mengedar lakaran gambar suspek.
---
Polis akan panggil pengusaha katering, guru dan penganjur program sebuah sekolah agama di Gombak untuk bantu siasatan kes keracunan makanan baru-baru ini.
Kes berkenaan mengakibatkan 2 maut iaitu seorang remaja dan seorang kanak-kanak.
Menurut laporan, makanan tersebut dibawa pulang ke rumah oleh penjaga masing-masing.
---
SPRM tahan reman 8 individu disyaki terima rasuah 2 juta ringgit berkaitan sindiket penjualan tanah milik FELDA.
Mereka yang ditahan termasuk pegawai bank, pengarah syarikat dan broker.
Kegiatan sindiket itu dilapor mengakibatkan 260 hektar tanah milik FELDA di Melaka bernilai RM400 juta dijual.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca