← Back to list
PDRM Perlu Lebih Masa Siasat Kes Serang Balai Polis
May 28, 2024
PDRM perlu lebih masa untuk siasat dengan teliti 5 ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, itu adalah justifikasi penahanan reman 5 individu berkenaan di bawah SOSMA.
Ia juga memandangkan membunuh anggota polis adalah kesalahan yang sangat serius.
Kejadian pada 17 Mei lalu itu meragut nyawa 2 anggota polis dan seorang lagi cedera, manakala suspek penyerang ditembak mati.
Sementara itu anggota polis yang cedera sudah dibenarkan pulang selepas 9 hari dirawat di hospital.
---
Kementerian Kewangan mengumumkan program bantuan subsidi diesel menyaksikan individu yang layak akan dapat 200 ringgit sebulan.
Ia untuk rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan diesel bukan mewah persendirian serta petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
Permohonan untuk program yang dinamakan Budi Madani itu boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini.
---
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi saran lepasan SPM pertimbang bidang Pendidikan TVET untuk sambung pengajian di peringkat tinggi.
Ujar beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara, ini kerana ia mengambil kira keperluan negara untuk menghasilkan lebih banyak tenaga kerja mahir.
Sementara itu, permohonan pinjaman pelajaran MARA kini dibuka sehingga 10 Jun bagi pelajar cemerlang lepasan SPM yang ingin sambung pengajian ke IPT dalam dan luar negara terpilih.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca