← Back to list
SPM 2023 catat peningkatan
May 27, 2024
Terdapat peningkatan keseluruhan bagi keputusan peperiksaan SPM 2023.
Kementerian Pendidikan berkata Gred Purata Kebangsaan ialah 4.6 pada tahun lalu, berbanding 4.74 pada 2022, dengan markah yang lebih rendah menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Menurut Ketua Pengarahnya, Azman Adnan, sebanyak 93 peratus calon, iaitu hampir 350 ribu pelajar layak untuk sijil SPM.
Sementara itu, 11 ribu calon mendapat A dalam semua mata pelajaran, iaitu meningkat sebanyak 2.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
__
Terdapat 10 ribu calon tidak hadir semasa peperiksaan SPM tahun lalu.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata mewakili hanya lebih 2.5 peratus daripada calon berdaftar.
Beliau menambah kementerian akan jalankan siasatan bagi menangani masalah ketidakhadiran semasa peperiksaan akan datang.
Beliau juga menegaskan seramai 10 ribu calon tidak hadir peperiksaan itu, lebih rendah daripada 14 ribu yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.
__
Calon SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT dan universiti luar negara terpilih boleh memohon pinjaman MARA mulai hari ini.
Permohonan boleh dibuat secara talian hingga 10 Jun.
__
Dan filem terbaru terbitan Astro Shaw, 'The Experts' raih kutipan 5 juta ringgit selepas 4 hari tayangan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca