← Back to list
Cadangan mewajibkan pemasangan dashcam dipertimbangkan - Anthony Loke
May 16, 2024
Kementerian Pengangkutan akan pertimbangkan cadangan untuk mewajibkan kenderaan tertentu memasang dashcam.
Menterinya, Anthony Loke berkata ia susulan purata 12 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya setiap hari.
Namun tambahnya, ia perlu mendapatkan persetujuan semua pihak terlibat, mengambil kira kos pemasangan alat berkenaan.
__
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk sehingga akibatkan kemalangan membabitkan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias.
Mahkamah Majistret JB kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 serta mengarahkan tertuduh melaporkan diri di Balai Polis Skudai setiap bulan.
__
Dua individu yang didakwa melakukan khianat dengan membaling bom petrol di pusat hiburan di KL mengaku tidak bersalah dan diberi jaminan RM5,000.
__
Polis Pulau Pinang buka kertas siasatan berkaitan gambar viral di media sosial memaparkan resit pesanan pelanggan di sebuah rangkaian restoran piza dengat ayat menghina Islam.
__
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.
__
Dan filem seram Shaitaan lakonan Ajay Devgan dan Madhavan duduki tangga teratas carta Netflix Malaysia minggu ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca