← Back to list
Polis sedang analisa cap jari suspek simbah asid terhadap Faisal Halim
May 09, 2024
Polis sedang analisa cap jari suspek simbah asid terhadap Faisal Halim Ahad lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata ini selepas rakaman CCTV menunjukkan suspek ada menyentuh berberapa tempat semasa kejadian.
Tambahnya, setakat ini tiada suspek baru ditahan dan siasatan masih diteruskan untuk memburu pelaku sebenar.
__
Laporan awal TLDM terhadap tragedi di Lumut baru-baru ini mendapati kedua-dua helikopter yang terhempas, disahkan selamat untuk terbang.
TLDM berkata penyelenggaraan kedua-dua helikopter itu juga mengikut prosedur dan rutin ditetapkan.
Semua kru terlibat juga dalam keadaan sihat untuk mengendalikan pesawat itu dan cergas untuk berbuat demikian.
Laporan akhir tragedi itu dijangka selesai pada 29 Mei.
__
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan kenyataan mengenai vaksin Covid 19, AstraZeneca dalam waktu terdekat.
Ini selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
__
Dan keputusan SPM akan diumumkan 27 Mei ini dan calon boleh semak keputusan mereka secara online bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca