← Back to list
SKMM sedia ambil tindakan
May 08, 2024
SKMM sedia ambil tindakan terhadap pemilik akaun media sosial buat hantaran bersifat serangan peribadi terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Namun Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata setakat ini SKMM belum menerima sebarang laporan atau aduan berkaitan perkara itu.
Beliau mengulas isu insiden simbah asid terhadap Faisal Halim di sebuah pasaraya di Kota Damansara baru-baru ini.
__
PDRM sahkan laman sosial Instagram Muhammad Imran Suresh adalah palsu.
Jelasnya, pemilik laman berkenaan dilihat cuba mengganggu dan mencetuskan persepsi negatif
berhubung kejadian simbah asid ke atas Faisal Halim.
Pihaknya juga terus memantau semua akaun di media sosial dengan bantuan MCMC.
----
Jalan Sultan Ismail dibuka semula kepada semua pengguna jalan raya susulan insiden pokok tumbang semalam mengorbankan nyawa seorang pemandu.
DBKL berkata kerja pengalihan pokok dan pembersihan dijalankan DBKL dan agensi berkaitan selesai sepenuhnya.
Sementara itu, Rapid KL berkata perkhidmatan 4 stesen monorel yang terjejas semalam akibat insiden itu, telah kembali pulih sejak 5 petang tadi.
----
Met Malaysia beri amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini libatkan
di beberapa bahagian Perak, Pahang, Selangor, KL, Putrajaya, Johor, Sarawak dan Sabah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca