← Back to list
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Apr 29, 2024
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa 1 Jun ini, selepas tertangguh hampir 2 tahun.
Kementerian Sumber Manusia berkata ia akan menjadikan pihak berkuasa dan majikan bertanggungjawab untuk menganalisis risiko di tempat kerja.
Antara lain pindaan itu memberikan pekerja hak untuk mengeluarkan diri mereka daripada persekitaran kerja yang tidak selamat.
.....
MetMalaysia berkata beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak alami cuaca panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian cecah 37 darjah Celsius.
Antara kawasan yang terlibat ialah Bandar Bharu, Kedah, Pasir Mas, Kelantan, Besut, Terengganu, Kudat di Sabah dan Limbang di Sarawak.
.....
Kerajaan Sarawak akan biayai pengajian anak-anak mendiang mangsa helikopter terhempas Joanna Felicia Rohna sehingga ke peringkat universiti.
.....
Polis Kelantan terima 6 laporan berhubung dakwaan seorang guru meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Siasatan juga mendapati pusat tahfiz berkenaan beroperasi tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan selain tidak dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.
.....
Seorang Lelaki rugi lebih 13 ribu ringgit akibat terperdaya dengan tawaran kerja dalam talian di Kuala Terengganu.
.....
Dan ahli politik Bersatu, Che'gubard dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca