← Back to list
Kemungkinan bawa pulang rakyat Malaysia di Iran - PM
Apr 19, 2024
Kemungkinan bawa pulang rakyat Malaysia di Iran - PM
Perdana Menteri maklumkan kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan situasi semasa di Iran.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan akan diadakan bersama Kementerian Luar termasuk kemungkinan untuk bawa pulang rakyat Malaysia di negara itu.
Dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi, kerajaan dijadual memperincikan sekali lagi tindakan susulan yang bakal diambil, ekoran serangan balas Israel ke atas Iran.
__
PDRM tingkatkan keselamatan di KLIA
PDRM tingkatkan keselamatan di KLIA dan KLIA 2 sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Negara sifatkan ia sebagai salah satu komitmen PDRM dalam menghadapi sebarang kemungkinan selain memastikan keselamatan orang ramai terjamin.
Tan Sri Razarudin turut ingatkan orang ramai agar tidak bimbang jika melihat anggota polis yang lengkap bersenjata berada di kedua-dua lapangan terbang tersebut.
Ahad lalu, seorang lelaki melepaskan 2 das tembakan yang disasarkan kepada isterinya hingga menyebabkan pengawal peribadi wanita tersebut cedera.
__
Ratusan penumpang masih terkandas di KLIA
Masih ada yang terkandas lebih 24 jam di KLIA.
Ia susulan para penumpang terpaksa menunggu penjadualan semula penerbangan mereka sehingga kini.
Sebelum ini, beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dibatalkan ekoran letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca