← Back to list
Kira-kira 20,000 penumpang terkandas di LTAKB
Apr 18, 2024
Kira-kira 20,000 penumpang terkandas di LTAKB
Kira-kira 20,000 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Ketua Menteri Sabah berkata ia susulan puluhan penerbangan dibatalkan ekoran letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi.
Jelas Datuk Seri Hajiji Noor, keputusan membatalkan penerbangan terpaksa dibuat ekoran pelepasan debu gunung berapi berkenaan di udara menjejaskan operasi penerbangan selain mengutamakan keselamatan penumpang.
Situasi hampir sama turut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang menyaksikan ratusan penumpang turut terkandas ekoran penerbangan dibatalkan.
__
CAAM keluarkan Maklumat Keselamatan
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia keluarkan Maklumat Keselamatan mengenai Amaran Bahaya Debu Gunung Berapi di Sulawesi.
Sehubungan itu, pihaknya sarankan syarikat penerbangan untuk memantau perkembangan meteorologi dan maklumat berkaitan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
MAHB nasihatkan orang ramai yang membeli tiket penerbangan dari KLIA ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya untuk sentiasa peka dengan perkembangan terkini jadual penerbangan.
__
Kelantan beri kerjasama jayakan Sambutan Aidilfitri Madani 2024
Kelantan akan beri kerjasama penuh kepada Kerajaan Pusat bagi menjayakan Sambutan Aidilitri Madani pada 2 Mei.
Menteri Besarnya bagaimanapun berkata lokasi majlis berkenaan masih dalam perbincangan.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini di Johor Bahru dan akan turut diadakan di Sabah, Melaka, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca